Alhamdulillah akhirnya aku berjaya untuk mendaftarkan diri sebagai student UUM di cawangan Langkawi, dalam program Pengajian Jarak Jauh (PJJ) Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Awam Dengan Kepujian, Universiti Utara Malaysia (UUM).
Sememangnya sudah lama aku berhajat untuk meneruskan pengajian setelah aku membuat pilihan untuk menamatkan Diploma dipertengahan jalan ketika berada di Universiti Teknologi Mara (UITM) Seri Iskandar. Memandangkan aku telah mendapat tawaran dalam SPA8 sebagai seorang anggota Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia (APMM). Pada awalnya aku juga risau apakah patut aku membuat pilihan sebegini? tetapi alhamdulillah sekarang sudah terjawab persoalan yang sering bermain difikiran ku slelama ini. Kerana aku sebenarnya lebih selesai belajar secara PJJ atau separuh masa berbanding sepenuh masa.
Seperti yang kita tahu bagi penjawat awam yang berkhidmat selama 3 tahun ke atas layak untuk menyambung pengajian Ijazah tanpa diploma. Memandangkan aku tidak sempat menghabiskan diploma ketika di UITM, dan juga kebetulan aku sudah berkhidmat dalam pekerjaan ku sudah melebihi 3 tahun, aku telah nekad untuk meneruskan pengajian. Pada 26 OKTOBER 2018, aku dan rakan-rakan yang lain telah mendaftarkan diri sebagai student PJJ cawangan UUM di Institut Pertubuhan Peladang, Langkawi.
No comments:
Post a Comment