SAYA ANAK PERANTAU
Di Hati Ini Hanya Tuhan Yang Tahu....
Thursday, 11 July 2019
SAMBUTAN HARI RAYA MARITIM FOR THE FIRST TIME
Assalamualaikum guys2x sekalian harini saya nak share kat korang pengalaman aku menyambut raya sebagai anak perantau bersama sahabat2x krew kapal Siangin. Ahamdulillah so far ok dan seronok lagi-lagi kita ni orang baru pengalaman pun baru kn.......huhuhuh..pada masa tu banyak juadah yang disediakan seperti Nasi berlauk, Kambing bakar it my favourite giler, satay dan macam-macam lagi.. Bahagian kapal kami masa itu kena menjamu satay pada tetamu sambil menunggu satay dang lagi buat video acah-acah budak TikTok....hahahahah.. First time buat diri aku. lawak betol rasa..haihh
by Iphone X
MY LOVE PET
Assalamualaikum...
Entri kali ni aku nak share binatang kesayangan aku iaitu kucing. Aku mula membela kucing pada tahun 2016, sebenarnya minat nak bela binatang kesayangan nabi ni dah lama..dari aku kecil-kecil lagi tapi family aku tak bagi. Niat aku terbatal walaupun kadang-kadang aku bawa balik juga kucing-kucing jalanan untuk dibela senyap-senyap tapi akhirnya dapat dihidu oleh mak aku. Bila aku tanya kenapa mak tak suka pada kucing, mak aku cakap dia ada alasannya tersendiri. Akhirnya niat aku terlaksana setelah anak-anak dah besar sikit..thanks to husband..
Aku bela kucing jenis baka British Shorthair, ciri-ciri fizikal adalah berbulu lebat tetapi pendek, bermata kuning atau oren, muka berbentuk bulat. Manakala ciri-ciri peribadi kucing ini adalah manja, lembut dan suka dibelai. Disini aku sertakan kucing kesayangan aku itu.
Rivera (Ibu)
Chandler Bing (Bapa)
Oppsss...ni gaya dia tidur
semua tempat dia nak duduk
selamat bersalin 5 ekor tapi yang hidup 4 ekor sahaja.
Sebenarnya, bukan mudah nak membela kucing ni kan sebab bila dah bela dia akan beranak pinak. So, kita kena pandai uruskan kucing-kucing kita ni dari segi makanan, tempat tidur dan sangkar supaya sentiasa terjaga rapi. Makanan yang aku beri pada kucing- kucing ini adalah kibbles Royal Canin BSH, wetfood Whiskas dan wetfood Mia. Haa.. ni aku sertakan gambar makanan kucing-kucing aku.
Ok, itu saja aku nak share dengan hampa, kalau hampa minat nak bela kucing,ada la sekor dua aku nak letgo..hihihi...ok bye tata.
MATA WANG MASA HADAPAN DENGAN MENGUNAKAN ONLINE SAHAJA
bitcoin accepted "SUBWAY"
Ada banyak orang yang mengatakan bahwa Bitcoin diciptakan oleh seseorang, padahal setiap penemuan besar selalu dilakukan oleh sekelompok orang (satu tim).
Bitcoin ditemukan oleh tim atau sekelompok orang dengan nama Satoshi Nakamoto pada Januari 2009.
Sistem Bitcoin yang dirancang oleh Satoshi bersifat open manner, atau lebih dikenali sistem blockchain membawa maksud kode transaksi tersebut dapat dilihat dan diperiksa oleh semua orang di dunia.
Berbeza dengan virtual currency, Bitcoin boleh digunakan sebagai medium pertukaran untuk memiliki sesuatu barang dan perkhidmatan dalam dunia sebenar. Sudah tentu oleh mereka yang menerima bitcoin sebagai mode of payment.
Bitcoin juga adalah digital currency yang bersifat decentralized. Maksudnya, tidak seperti Ringgit Malaysia yang dikawal oleh Bank Negara Malaysia (BNM), Bitcoin tidak ada financial regulator seperti BNM. Memandangkan ia adalah decentralized digital currency, ada satu aktiviti penting yang membolehkan bitcoin ini berfungsi dengan baik sebagai matawang iaitu bitcoin mining.
Untuk maklumat bitcoin ini sebenarnya sesiapa sahaja boleh memiliki, caranya amat mudah anda perlu sahaja mendaftar akaun apa2x wallet digital yang mana abe yie sarangkan anda mengguna wallet LUNO kerana wallet ini telah dikategorikan dipercayai (trusted). setelah anda mendaftar anda boleh muat naik turun di play store untuk memudahkan anda mengunanya. setelah selesai anda boleh buat pembayaran kepada mana2x bank local melalui wallet tersebut.
PENGALAMAN SEMESTER 1
Alhamdulillah akhirnya aku berjaya untuk mendaftarkan diri sebagai student UUM di cawangan Langkawi, dalam program Pengajian Jarak Jauh (PJJ) Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Awam Dengan Kepujian, Universiti Utara Malaysia (UUM).
Sememangnya sudah lama aku berhajat untuk meneruskan pengajian setelah aku membuat pilihan untuk menamatkan Diploma dipertengahan jalan ketika berada di Universiti Teknologi Mara (UITM) Seri Iskandar. Memandangkan aku telah mendapat tawaran dalam SPA8 sebagai seorang anggota Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia (APMM). Pada awalnya aku juga risau apakah patut aku membuat pilihan sebegini? tetapi alhamdulillah sekarang sudah terjawab persoalan yang sering bermain difikiran ku slelama ini. Kerana aku sebenarnya lebih selesai belajar secara PJJ atau separuh masa berbanding sepenuh masa.
Seperti yang kita tahu bagi penjawat awam yang berkhidmat selama 3 tahun ke atas layak untuk menyambung pengajian Ijazah tanpa diploma. Memandangkan aku tidak sempat menghabiskan diploma ketika di UITM, dan juga kebetulan aku sudah berkhidmat dalam pekerjaan ku sudah melebihi 3 tahun, aku telah nekad untuk meneruskan pengajian. Pada 26 OKTOBER 2018, aku dan rakan-rakan yang lain telah mendaftarkan diri sebagai student PJJ cawangan UUM di Institut Pertubuhan Peladang, Langkawi.
Wednesday, 10 July 2019
TATACARA MENAIKI GUNUNG
Assalamualaikum semua Jadi disini, saya turunkan beberapa petua ye. Diharap tips ini berguna walaupun saya masih newbies gak dalam bidang ini. Selamat membaca:
1. Cuaca
Sila tengok ramalan cuaca terlebih dahulu sebelum meneruskan perjalanan. Jika semalam hujan lebat, dan plan untuk hiking hari ini seawal pagi, perlu di ingat trail besar kemungkinan becak, berlumpur dan sedikit merbahaya.
2. Kasut
Guna kasut hiking yang sesuai untuk kaki. Selalunya ini yang paling diabaikan oleh pendaki sepanjang pemerhatian saya mendaki gunung atau bukit. Alasan seperti takde bajet atau kasut murah pun takpe tidak boleh dipandang ringan. Tahukah kalian, kaki anda merupakan anggota badan yang paling penting untuk meneruskan pendakian?harini Amir, terasa nak bagi sedikit ulasan dan tips untuk sesiapa yang berminat nak pergi hiking. Rentetan beberapa minggu ni, ada je masalah yang menimpa kaki hikers especially newbies.
3. Pakaian
Sekiranya mendaki di tempat yang beraltitude tinggi, pakaian seperti cotton sahaja tidak sesuai sebab tidak menyerap peluh. Pakaian dari jenama Adidas, Nike, Under Armour yang menggunakan material Compression sangat bagus sebab dapat menyerap peluh dan membolehkan pendakian bertambah selesa.
4. Stamina
Sebelum memulakan pendakian, adalah dinasihatkan supaya membuat sedikit senaman ringan sekurang kurangnya 10-15 minit. Ini adalah untuk mengelakkan otot menjadi kejang sejurus selepas memulakan pendakian.
5. Makanan / Minuman
Adalah digalakkan mengambil makanan ringan seperti cereal sebelum memulakan pendakian. Jangan makan makanan seperti nasi lemak yang boleh mengakibatkan anda pancit dan tiada tenaga untuk mendaki.
Sediakan makanan ringan seperti coklat atau energy bar dan air 100 plus untuk dijadikan jajan sepanjang pendakian. Air 100 plus bagus untuk menggantikan garam dalam badan yang keluar semasa berpeluh dan boleh mengelakkan dari kejang bergelumang.
6. Masa
Perlu diingat, kita pergi mendaki bukan untuk mencatat rekod dunia tetapi untuk merasai pengalaman melalui satu tempat baharu.
7. Sesi bergambar
Saat yang paling dinantikan oleh para pendaki khususnya apabila berjaya mendaki puncak. Tapi jangan diabaikan aspek keselamatan hanya kerana nak mencipta SHOOT paling GRAND.
8. Percakapan dan adab
Bila memulakan perjalanan, bacalah Bismillahirahmanirahim dan berdoalah supaya dipermudahkan perjalanan. Jangan takbur dan riak dalam hutan. Jika terhidu sesuatu, mulut jangan celupar.
Tunggu sehingga selesai pendakian, barulah boleh bercerita pasal benda2 ghaib yang berlaku sebelum itu.
9. Semangat setiakawan
Selalunya ramai yang pergi dalam satu kumpulan. Adalah penting setiap anggota mengambil berat keadaan teman2 lain sepanjang pergi dan balik dari pendakian, dan bukannya hanya mementingkan diri sendiri untuk kepuasan peribadi.
10. Mental
Digalakkan pendaki untuk sentiasa berfikiran positif sepanjang perjalanan. Jangan terlalu mementingkan bila masa nak sampai puncak dan balik dengan segera tetapi mengabaikan aspek mental samada mampu atau tidak melakukannya.
Sekian untuk hari ini. Diharap tips ini boleh dijadikan panduan walaupun tidak seberapa. Assalamualaikum.
Saturday, 6 July 2019
CARA MEMPERLAJARI BAHASA NEGERI ORANG DI MALAYSIA
1. Bahasa Kelantan
Saya = ambo
Aku = kawe, aku
Kamu = mu, demo
Macam = lagu
Macam mana = lagu mano, guano
Apa khabar = guano gamok
Sekarang = loning
Ini = ining, ning
Tidak ada = tadok
Apa = gapo
Mengapa = bakpo
Datang = mari
Pergi = gi
Mari, ayo = pakak
Cakap = royak
Yang = hok
Beri = bui, wi
2. Bahasa Sarawak
Saya = ambo
Aku = kawe, aku
Kamu = mu, demo
Macam = lagu
Macam mana = lagu mano, guano
Apa khabar = guano gamok
Sekarang = loning
Ini = ining, ning
Tidak ada = tadok
Apa = gapo
Mengapa = bakpo
Datang = mari
Pergi = gi
Mari, ayo = pakak
Cakap = royak
Yang = hok
Beri = bui, wi
2. Bahasa Sarawak
- Beloya=berborak
- Awak pergi mana?= Kitak gi sine?
- Awak buat apa? = Kitak apa polah?
- Awak dah makan? = Kitak dah makan?
- Awak buat apa sekarang? = Apa polah kitak kinek tok?
- Awak apa khabar? = Kitak apa khabar tek?
- Boleh bantu saya tak? = Boleh nolong kamek sik?
- Semangat awak tinggi betol = Tinggi nar semengat kitak juak?
- Apa maksud makan hati? = Apa reti makan hati?
- Bila awak nak kawin? = Bila kitak nak nikah gik?
- Ye la tu = Aok ajak la
- Awak nampak cantik hari ni = Kacak na kitak aritok
- Sombongnya awak = Lawa kitak owh..
- Awak dah mandi ke belum? = Kitak dah mandik lom?
- sangat la = Pempuan ya kacak gilak aie.
- Awak tahu tak? = Kitak tauk sik?
Friday, 5 July 2019
TENTANG PEKERJAANKU
Aku seorang Pegawai Penguatkuasaan Maritim Malaysia sebagai Laskar Kelas II Maritim Amir Afif bin Mohammad Shukry. Tugas atau fungsi kerja sebagai kerja Maritim ni adalah:
1. | Menguatkuasa undang-undang dan ketenteraman di bawah mana-mana undang-undang persekutuan di Zon Maritim Malaysia. |
2. | Melaksanakan tugas mencari dan menyelamat maritim di Zon Maritim Malaysia dan di lautan lepas. |
3. | Mencegah dan menyekat pelakuan kesalahan di Zon Maritim Malaysia. |
4. | Memberikan bantuan dalam apa-apa perkara jenayah atas permintaan Negara asing sebagaimana diperuntukan di bawah Akta Bantuan Bersama dalam Perkara Jenayah 2002 (Akta 621). |
5. | Menjalankan pengawasan udara dan pantai. |
6. | Menyediakan perkhidmatan pelantar dan sokongan kepada mana-mana agensi yang berkaitan. |
7. | Menubuhkan dan menguruskan institusi maritim bagi latihan pegawai Agensi. |
8. | Melaksanakan apa-apa kewajipan bagi memastikan kesejahteraan dan keselamatan maritim atau melakukan segala perkara yang bersampingan dengannya. |
9. | Mengawal dan mencegah pencemaran maritim di lautan lepas. |
10. | Mencegah dan menyekat pelanunan serta mencegah dan menyekat pengedaran haram dadah narkotik di lautan lepas. |
11. | Diletakkan di bawah kawalan Angkatan Tentera Malaysia semasa tempoh darurat krisis khas atau perang. |
CABARAN SEMESTER 2
Assalamualaikum semua,,, x ada apa cuma nak bagitau 2019 ni adalah tahun yang paling mencabar bagi diriku ini, mana taknyakan, awal bulan aku sibuk dengan satu kursus yang mengambil masa 3 bulan, dalam masa yang sama aku kene siapkan tugas-tugasan yang berkaitan dengan pembelajaranku di UUM sebagai pelajar pengajian jarak jauh PJJ. Habis sahaja kursus trsebut aku terpaksa sambung pelayaran yang berkaitan kerja hakikiku sebagai pelaut.
Dan kini, tinggal sebulan sahaja lagi untuk aku dan kawan2 menduduiki Final Exam dan juga makin berkurang la kumpulan kelas kami satu demi satu keluar. Walaubagaimana pon insyaAllah aku akan menempuh ujian ini dengan penuh kesabaran dan settlekan satu persatu.ðŸ˜ðŸ˜ðŸ˜ðŸ˜
SEJARAH KEHIDUPANKU
Nama aku diberi Amir Afif Bin Mohammad Shukry. Boleh panggil aku Amir atau Apit. Adik beradik aku ada tujuh dan aku anak yang keempat dari tujuh adik beradik. Bapaku bekerja sebagai Tentera Laut Diraja Malaysia dan kini kerja sepertiku sebagai Penguatkuasaan Maritim Malaysia dan Ibuku pula sebagai Guru Kaunselor. Hidupku selalu berpindah randah tapi Alhamdulillah juga aku dapat mengetahui adab resam, budaya, makanan, bahasa, agama dan bangsa serta aku memliliki ramai rakan-rakan diseluruh Malaysia...
Subscribe to:
Posts (Atom)
TENTANG DIRIKU
Ijazah Pengurusan Awam Dengan Kepujian Universiti Utara Malaysia No Matrik : 265847 Nama : Amir Afif bin Mohammad Shukry Pekerjaan ...

-
Alhamdulillah akhirnya aku berjaya untuk mendaftarkan diri sebagai student UUM di cawangan Langkawi, dalam program Pengajian Jarak Jauh (PJ...
-
bitcoin accepted "SUBWAY" Banyak orang berpikir bahawa Bitcoin adalah hal yang sangat membingungkan, padahal Bitcoin ada...